Monday, February 16, 2009

Gotong-royong Mega 17/01/2009 -Part 1


Hanya 10 minit untuk hapuskan aedes.

Tapi kami mengambil masa sehingga setengah hari, tara tipu punya.




Bersiap-sedia mengumpulkan peralatan dan penduduk Jalan 3E.
Gotong-royong kali ini juga turut dijayakan oleh penduduk dari Jalan 3G.


Sebelum aktiviti dimulakan sesi warm-up dilakukan dengan diketuai oleh Sdr. Akop

Ishhh tak sampai laaaa, ... tu la perut tu kena kempiskan dulu




8.22am.

errrr bole percaya ker nie, tanya sdr Midi.

Saudagar Midi sedang dibantu oleh buruh-buruh paksa dari Jalan 3G.

Midi nanti ko tekan suis tapi sebelum tu aku tunggu tepi pagar tu dulu eh, kata sdr. Zul.







Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Ishh cukup la tuuu ko larat ker nak angkat nanti.

Ala takat bola boling berguni-guni aku bole angkat inikan pulak seguni batu ajer.








Lim, ko cangkul apa tu? Lumpur ker paip air rumah Janto? Karang rumah Janto tak de air nanti.

Syyyyy jangan cakap kuat-kuat.












Ye ye depan rumah aku dah bersih, lepas nie bole sambung tenguk Spongebob







Asrul ko nak tau tak, tadi Pak Akop kuat betul satu guni batu diangkatnya sebelah tangan ajer.


Eleh Jamadi, ko tak tenguk aku lagi, jangan takat batu satu guni, kereta kancil Alim tu pun aku bole angkat tau.







Nie buat main tarik upih ok gak nie, Kapten Win.












ishhh apa degil beno sampah sekor nie tak nak masuk-masuk, aku gigit karang.













Negara bebas dadah... eh silap negara bebas aedes, pesanan penaja.


.

8.29am.

weih cepat la skit dah 4-5 kali cameraman nie round


Baik-baik jangan short nanti, keta tok ketua WRP4725 tu bau kedai lagi tu.





Walau lobang hidung mu tidak kelihatan, selipar jepun mu totap menjadi pojaan hatiku.

Hadiah cepumas siapakah yang empunya kaki itu?

Hadiah pertama, menunggang burung unta.

Hadiah kedua, makan telur burung unta.

Hadiah ketiga, jadi unta.

(kegigihan yang empunya kaki dan juga warga 3E keseluruhannya haruslah dipuji dalam membanteras wabak denggi dan chikungunya ... betul ke ejanya nie)





Sudah hampir ke penghujung Jalan 3E

Matahari sudah semakin tinggi, kira-kira 3 galah.











Gerenti subur pokok mangga nie.

Kalau tak subur mintak ganti rugi kat Jamadi.











Sumbangan tenaga dan masa dari warga Jalan 3G juga amat dihargai, walau terpaksa mengharungi air dan lumpur longkang.


errrr Tok Ketua dapat tak ikan tu.












Aaaaa ok tu, sikit lagi Syamsul, Raop tepi sikit lagi tu ha, sokongan moral sedang diberikan kepada sdr. Syamsul dan sdr. Raop.









Adeh sakit pinggang aku, macam mana nak 'drive' esok nie, keluh Win.


Weih Win bukan ko bawak kapal pakai autopilot ker, kan lepas on kan autopilot tu ko tido kan.










emmmm nie sampah banyak-banyak nie sapa la yang nak angkut nanti ni agaknya, kata hati Shamsul.









Perghhhhh bau dia, menusuk-nusuk kalbu.

Macam nie punya gigih kalu tak tercalon

penduduk 3E terbaik tahun nie tak tau la.













Ayah balik, mak suh makan.


Dahhhhh jom-jom kita sarapan dulu.

Kita berhenti rehat seketika untuk pesanan penaja.

To be continued.


No comments:

Post a Comment